Seorang pelajar universiti bernama Sarah berjalan pulang selepas kelas. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Dia tidak bawa payung, jadi terpaksa berteduh di tepi bangunan.
Sarah terkejut, tapi menerima dengan ucapan terima kasih. Payung itu menyelamatkannya daripada basah kuyup, dan dia selamat sampai ke kolej.
Beberapa bulan kemudian, Sarah menghadiri temuduga untuk latihan industri. Tanpa disangka, wanita yang pernah memberinya payung itu adalah salah seorang panel temuduga. Wanita itu terus mengingati Sarah kerana kejujurannya memulangkan payung. Sarah akhirnya diterima tanpa banyak soal.
Kebaikan yang kecil boleh membentuk pandangan besar orang lain terhadap kita. Tambahan pula, kejujuran akan kembali membawa manfaat di waktu yang tidak disangka. Setiap perbuatan baik, walau sekecil payung, boleh jadi sebab terbukanya pintu rezeki. Jadi, Sentiasalah berbuat baik kepada sesiapapun lebih-lebih lagi orang yang berada di dalam kesusahan.

Comments
Post a Comment